Wednesday, May 28, 2008

Tip 2 Perkahwinan

Perkahwinan bukan sekadar untuk tujuan melepaskan nafsu masing-masing tetapi ia suatu sistem masyarakat yang efision dan mempunyai pengertian yang besar terhadap pembentukan masyarakat dan negara.

Keharmonian sesebuah masyarakat dan negara bermula dari pembentukan keluarga yang harmonis dan penuh kasih sayang, bersikap tolak ansur (toleran) dan bersefahaman yang menebal dan lebih penting ia berteraskan keagamaan dan amanah Tuhan bukan cincai-cincai.

Sikap cincai-cincai dalam perkahwinan, ertinya mengabaikan soal agama dan amanah Tuhan, inilah yang menyebabkan keluarga itu porak puranda macam negara di langgar burung geruda kata orang dulu.

Bagaimanapun untuk membentuk manusia yang tidak cincai-cincai ini bukan sahaja tanggungjawab ibu bapa tetapi tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan itu sikapnya cincai-cincai akan lahirlah manusia cincai-cincai, tidak keruan hidupnya dan akibatnya negara sendiri yang dilanda dengan kehidupan cincai-cincai.

Brother... tolonglah jangan main cincai-cincai dalam semua hal khususnya perkahwinan.

Sunday, May 25, 2008

Tip 1 Perkahwinan

Perkahwinan tetap suatu yang indah, walau apa pandangan dibuat sekalipun. Dua insan bertemu dan mengadu kasih dengan ikatan yang kukuh, berjanji sehidup semati (walaupun sudah tentu ajal dan maut itu di tangan Ilahi bukan di tangan manusia).

Perkahwinan adalah syurga dunia yang penuh keindahan tetapi sering kali disudahi dengan kegagalan. Sementara kegagalan jangan dijadikan alasan untuk menafikan kebaikan yang terkandung di dalam perkahwinan.

Orang yang tidak menjadikan perkahwinan sebagai suatu perkara penting dalam hidupnya sekaligus menjaga kesusilaannya dia akan gagal menjaga keharmonian perkahwinan itu.

Bersikap positif dalam segala hal mendorong perkahwinan kekal menjadi teman sepanjang hayat.